Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai telah mula dibina pada tahun 1950 yang hanya mempunyai sebuah bangsal yang mengandungi 3 buah bilik darjah. Sekolah ini pada mulanya menumpang di Rumah Kelab Di Raja Sultan Sulaiman di Kampung Pantai Kuala Ibai, iaitu di tapak Asrama Putra Sekolah Menengah Sultan Sulaiman sekarang. Sekolah ini diterajui oleh Encik Deraman Bin Haji Yunus, Guru Besar pertama dan dibantu oleh 7 orang guru termasuk seorang ustaz. Pada masa itu, hanya 40 orang murid di tempatkan pada awal persekolahan.
Pada tahun 1960 Encik Harun bin Othman dilantik menjadi Guru Besar baru. Bilangan bilik darjah meningkat dengan pembinaan bangunan kayu untuk lima kelas lagi. Seterusnya pada tahun 1972 sekolah ini diterajui pula oleh Guru Besar baru iaitu En. Ismail bin Mohamad selama lebih kurang 9 tahun. Banyak perubahan dan perkembangan telah berlaku dibawah pengurusan beliau.Antaranya ramai murid telah mencapai kejayaan dalam peperiksaan penilaian Tahun 5.
Dari 1 Januari 1980 hingga 1 Februari 1983 Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai dibawah kepimpinan Guru Besar Haji Mustaffa bin Said, prestasi murid semakin meningkat baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Sebuah bangunan kantin baru telah didirikan semasa pengurusan beliau.
Dari 1 Oktober 1983 hingga 31 Disember 1985 sekolah ini diterajui oleh En. Ismail bin Azad Khan sebagai Guru Besar. Sebuah surau telah didirikan dan mendapat sumbangan dari YBM Dato’ Tengku Mahmud bin Mansor. Berikutya pada 1 Februari 1986 hingga 18 Jun 1990 Tuan Haji Salim bin Mohamad telah dilantik menjadi Guru Besar. Jangka waktu inilah pertambahan murid-murid begitu ketara sekali. Banyak keperluan pendidikan ditambah khususnya bilik darjah. “Sepakat Membawa Berkat”. Begitulah ungkapan yang sering bermain dikotak minda Tuan Haji Salim. Hasil pemuafakatan dengan PIBG, sebuah bangunan tiga tingkat telah dibina. Bangunan ini telah beroperasi pada 1 Disember 1990 setelah Tuan Haji Salim bersara.
En. Abdullah bin Mohamad telah mengambil tempatnya sebagai Guru Besar mulai 16 Julai 1990 hingga 31 Ogos 1992. Semasa beliaulah, SKPKI menempa kejayaan yang gemilang dalam pencapaian UPSR dimana seramai 16 orang murid telah mendapat 4A.
Pada 1 September 1992, Tuan Haji Ramli bin Mohamad menerajui pentadbiran sekolah. Beliau banyak menanam semangat belajar yang tinggi kepada murid-muridnya. Kata-kata yang selalu diungkap, ‘ Kalau orang lain boleh berjaya kita juga boleh berjaya’. Bermacam aktiviti dan program telah dijalankan seperti Program Sekolah Penyayang, Tabung Sayang DiSayang, Zero Perfect, Sistem Rumah, Penyataan Misi dan Wawasan sekolah. Seterusnya En. Mohd Ali Hanafiah bin Abdullah dilantik menjadi Guru Besar sehingga 14 Jun 1999. Dari 1 Ogos 1999 hingga sekarang, En. Mat Saat bin Ibrahim telah dilantik menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai.
TOKOH
BEKAS MURID TUA
SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT KUALA IBAI
NAMA TOKOH |
JAWATAN YANG DISANDANG |
1.EN.ADAM BIN TAIB |
|
2.PROFESOR MADYA MD.ZAIN B.JUSOH |
|
3.PROFESOR MADYA DR.ZAKARIA BIN MAT AMIN |
|
4.DATO'PROFESOR GHANI B.JUSOH |
|
5.KOLONEL ABDUL RAZAK B.ABDULLAH |
|
6.EN ABD RAZAK B.ISMAIL |
|
7.EN.WAHID B.EMBONG |
|
8.EN.WAHID BIN ALI |
|
9.EN ABDUL AZIZ B.ABDULLAH |
|
10.TN.HJ.HARUN B.MOHAMAD |
|
11.PN.NOR SHIMA ZURAH BT.DAUD |
|
12.CIK SALMI BT.HJ.RAMLI |
|
13.EN AHMAD RIZAL B.HJ.RAMLI |
|
14.EN.MOHAMAD B.ALI |
|
15.CIK HASNITA BT.ALIAS |
|